Pages

Sunday, July 19, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : PERIHAL HIKAYAT NEGERI TANAH MELAYUSIA



Puas Tok Awang beraya tahun ni. Hari Raya pertama Tok Awang sampai ke Ulu Tembeling di Kampong Pagi. Semalam ke Ulu Jelai di Kampong Dusun, Kechau, Lipis.

Bukan kepalang suka rasa hati Tok Awang, selain dari berjumpa sedara mara Tok Awang dapat sebuah kitab hikayat lama. Untuk anak dan cucu, Tok Awang ceritakan;


Sahibul hikayat,

Sebermula.... disebuah negara bernama negeri Tanah MelayuSia, diperintah oleh seorang Memanda Menteri yang dari keturunan baik-baik. Akan tetapi Memanda Menteri itu tidak disukai oleh banyak pihak yang iri hati. Banyaklah fitnah yang dilemparkan kepada beliau serta anak dan bininya dari semenjak beliau belum menjadi Memanda Menteri lagi.

Adapun fitnah itu bermacam-maca jugalah adanya. Sehinggakan bini Memanda Menteri dituduh ada memiliki cincin yang permatanya sebesar telur ayam. Bini Memanda Menteri juga dituduh berbelanja besar membuat sanggul rambut yang bagaikan sarang burung tempua itu adanya.

Arkian, bukanlah setakat itu sahaja fitnah kepada Memanda Menteri dan Memanda Bini adanya, banyaklah lagi fitnah-fitnah yang dilemparkan sesedap mulut mereka jua lah kiranya. Adapun segala macam fitnah itu tidak jua lah dijawab oleh Memanda Menteri kerana beliau asyik berkerja untuk membangunkan negara dan memberi sejahtera rakyatnya.

Adapun fitnah-fitnah itu bukan saja datang dari pihak yang memusuhi beliau adanya. Bahkan datang jua dari juak-juak mantan Timbalan Memanda Menteri yang dihukum kerana menconteng arang ke bontot beberapa orang sahaya adanya.

Adapun sangatlah gundah gulana rasa hati Memanda Menteri itu akhir-akhir ini bersekelian dengan mamak-mamak menteri yang ada kerana Mantan Menteri Mamak juga turut mencerca pentadbiran beliau.

Adapuh mantan Menteri Mamak itu bersama juak-juaknya yang masing-masing sudah tersangatlah tua-bangka sehingga ada yang lupa membilang satu, dua dan tiga. Namun kerana seorang dua hulubalang yang tidak puas hati kerana tidak mendapat jadi penjaga pintu khazanah negara... merekalah yang selalu membisikkan ke telinga mantan Menteri Mamak untuk menjatuhkan Memanda Menteri adanya.

Syahadan, soldadu-soldadu maya pun begitulah juga adanya, berpecahlah kepada dua. Satu kekal dengan Memanda Menteri manakala yang satu lagi menjadi pengikut mantan Menteri Mamak jualah adanya.

Adapun sekiranya terjadi perang besar antara kedua pihak itu nanti tidak diketahuilah apa yang akan berlaku kepada seluruh rakyat jelata negeri Tanah MelayuSia ini adanya. Tidak tersembunyilah lagi akan apa yang ada didalam hati kaum bermata sepet itu untuk merampas dan memerintah negeri ini adanya. Khabarnya mereka itu sudah mengumpul duit yang banyak untuk membeli dan memperhambakan orang-orang Melayu negeri ini nanti untuk mencapai cita-cita mereka itu.

Arkian, cukup disini dululah Tok Awang bersurah dan menceriterakan hikayat ini untuk anak cucu.Insyallah Tok Awang akan sambung semula nanti.


Tok Awang Selampit.








No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor