Pages

Friday, July 31, 2015

T-SHIRT UNTUK KUMPUL DANA MAKNA


Air Asia


Airasia mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (Makna) melalui kempen #AirAsiaMakna. 

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan t-shirt edisi khas menampilkan rekaan pakaian seragam ikonik kapten dan petugas penerbangan AirAsia. 

Kempen itu sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat penerbangan tersebut.

Dalam kenyataan, AirAsia berkata t-shirt itu yang turut membawa logo Makna dan slogan,"A Meaning to Life" di bahagian belakang, kini boleh didapati untuk pembelian dalam talian di makna.org.my/airasiamakna.

Harga t-shirt itu RM40 (termasuk bayaran pos RM10) atau anda boleh memilikinya dengan harga RM30 sehelai di pameran bergerak #AirAsiaMakna.

Sempena kempen itu, AirAsia turut mengadakan peraduan foto dan peserta perlu memuat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt tersebut di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMakna.

Mereka layak untuk memenangi dua tiket ke destinasi terpilih AirAsia atau AirAsia X dan pemenang akan dimaklumkan pada akhir Ogos. 

Orang ramai boleh melayari airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor