Pages

Tuesday, July 21, 2015

SPLIT APPLE ROCK TARIKAN DI NEW ZEALAND


Split Apple Rock tarikan di New Zealand


Sekali pandang, ia kelihatan seperti sebuah batu yang terbelah dua. Namun, Split Apple Rock sebenarnya adalah pembentukan batu geologi yang terletak di The Tasman Bay, di luar pantai di utara Pulau Selatan New Zealand.

Diperbuat daripada granit, ia menjadi tarikan pelancong yang popular di perairan Laut Tasman, kira-kira 50 meter antara pantai Kaiteriteri dan Marahau.

Menurut Worldtop.com, batu itu terletak di atas air cetek dan ia juga merupakan tempat pelancongan menarik untuk bot pelancong dan serta kapal percutian yang beroperasi di sepanjang pantai Taman Negara Abel Tasman.

Menurut lagenda Maori, batu yang bentuknya menyerupai buah epal terbelah dua itu adalah hasil pergaduhan antara dua adik-beradik lelaki.

Ada pula mitos dalam kalangan penduduk tempatan mengatakan bahawa, terdapat dua orang dewa yang merebutkan batu itu menyebabkan mereka bertarung sesama sendiri. Akhirnya, mereka membahagiakn batu tersebut kepada dua bahagian.

Namun, sehingga kini asal usul sebenar batu itu masih menjadi tanda tanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor