Pages

Monday, July 27, 2015

'SAYA MINTA TOLONG SANGAT-SANGAT...'


'Saya minta tolong sangat-sangat...'


Kota Bharu – Padah buat seorang lelaki kerana kesalahan memiliki 67.71 gram kanabis, dia dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Baru, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Othman Hussin, 48, dari Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh.

Tertuduh mengaku salah pada tuduhan pindaan memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung berkenaan, pada jam 6.30 petang, 11 Mei lalu.

Othman dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan menghidap pelbagai jenis penyakit termasuk medu angin.

“Saya ada banyak lagi penyakit tuan, ada kencing manis dan darah tinggi. Saya belum kahwin dan hanya buat kerja-kerja kampung. Saya minta tolong sangat-sangat,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibalas hujahan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mariah Omar yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira jenayah serius yang dilakukan di samping mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh sendiri.

Tertuduh ditahan dalam serbuan lima anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di rumah berkenaan.

Pintu rumah kemudian dipecahkan setelah pegawai memperkenalkan diri dan pintu diketuk beberapa kali, namun ia tidak dibuka. 

Tertuduh yang berada di dalam bilik cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan.

Pemeriksaan menjumpai dua ketulan mampat dadah kanabis di atas lantai bilik berkenaan. Mohd Yusoff dalam keputusan itu mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut dari tarikh dia ditahan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor