
Georgetown - Sebuah bas henti-henti yang hilang kawalan di Jalan Masjid Kapitan Keling merempuh rumah kedai dua tingkat berhampiran Masjid Kapitan Keling, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 malam itu, bas terbabit dikatakan terbabas sebelum merempuh tiang hadapan rumah berkenaan.
Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati dua daripada empat penumpang bas yang cedera ringan, telah dihantar ke hospital.
"Pemandu bas itu juga mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital," katanya.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca kemalangan.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor