Pages

Tuesday, July 28, 2015

PRASARANA MOHOM MAAF MASALAH SISTEM PINTU


Syarikat Prasarana Negara Berhad


Kuala Lumpur - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)‎ hari ini memohon maaf atas kesulitan akibat masalah teknikal pada sistem pintu penumpang di Platform 1 bagi laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek di sini semalam.

Prasarana dalam kenyataan di sini berkata kejadian berlaku pada 5 petang dan berikutan ciri keselamatan pada sistem di laluan Kelana Jaya itu, tren menghala ke Gombak tidak dapat meneruskan perjalanan secara automatik.

"Tren-tren dipandu secara manual pada 5.30 petang pada kadar kelajuan lebih perlahan atas faktor keselamatan," katanya.

Punca kejadian sedang disiasat, menurut kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor