Pages

Tuesday, July 21, 2015

MAT SABU YANG TIDAK RELEVAN BUKANNYA PAS


Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.


Shah Alam - Majlis Syura Ulama Pas membidas bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung kenyataannya semalam yang menyebut Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masa ini.

Setiausahanya, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, kenyataan Mat Sabu itu yang tidak relevan bukan parti itu.

“Dia nak tubuh parti baharu, tubuhlah. Ucapan dia (Mat Sabu) yang sudah tidak relevan. Apabila dia tubuh parti lain, dia nak campur dengan Pas, itu yang tidak relevan.

“Sebab ucapan dia yang tidak relevan mutakhir ini menyebabkan perwakilan menolak dia dalam Muktamar Pas. Itu sahaja. Dia yang tak relevan bukan orang lain tak relevan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi respons terhadap laporan yang menyebut Mat Sabu mendakwa Pas sudah tidak relevan lagi dan penubuhan Gerakan Harapan Baru cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu.

Mengulas soal kemungkinan penyokong Pas terbahagi dua susulan penubuhan Gerakan Harapan Baru, Nik Zawawi segera menafikan perkara itu.

“Tak. Tak mungkin. Pas ada kekuatan sendiri dan sejarah orang yang keluar Pas ini sudah lama...insya-ALLAH orang yang betul-betul memperjuangkan Islam akan duduk istiqamah dalam perjuangan Pas,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas sudah tidak relevan lagi ]

Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan Pas termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik namun menafikan gerakan itu adalah proksi DAP.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor