JOHOR BAHRU - Isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan empat lagi anggota Kabinet lain disifatkan masa terbaik buat ahli Umno menterjemahkan kesetiaan terhadap parti.
Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali menasihatkan semua ahli di peringkat kepimpinan dan akar umbi menerima keputusan dimuktamad selain menghormati nasihat Timbalan Presiden sendiri.
“Sekarang ni, nasihat daripada timbalan presiden supaya kita fokus pada parti, jangan tinggalkan parti, mengukuhkan kerja-kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang serta meningkatkan perpaduan... jadi kita ikut nasihat ini jika kita betul-betul setia.
“Ini masa sesuai terjemah kesetiaan ahli terhadap Umno yang sedang berhadapan dengan krisis. Nasihat itu tidak semestinya datang daripada orang yang kita suka...kalau nasihat itu baik, maka wajarlah kita ikut,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), semalam.
Samsol Bari yang juga Adun Semarang, turut menyeru ahli Umno terus komited dan bersabar dalam situasi negara kini dan memberi peluang kepada siasatan terhadap isu yang dibangkitkan.
“Kita memang pernah diuji dan selalu diuji dan alhamdulillah masa ini adalah masa untuk melihat bagaimana kita menangani krisis yang melanda.
"Lihatlah perkara ini dengan hikmah yang bakal kita dapat,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor