
Kuala Lumpur - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, sekumpulan lelaki itu memecahkan peralatan di dalam kedai berkenaan selain turut memukul pekerja kedai itu.
"Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang daripada mereka ditahan pengawal keselamatan kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.
"Kerugian dianggarkan RM70,000," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Video insiden berkenaan turut tersebar di media sosial.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor