Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang menyebarkan isu berkaitan perkauman di laman media sosial untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata negara mempunyai pelbagai undang-undang berkaitan isu berkenaan, namun ia memerlukan tindakan dan penguatkuasaan yang tegas daripada pihak berkuasa supaya undang-undang itu dihormati.
"Perkara seumpama ini perlu ditangani dari akar umbi. Jika ia dicetuskan, usah biarkan ia marak menjadi api atau anda perlu melawan api itu kemudian, dan ia akan menjadi sukar.
"Kita ada undang-undang tapi sesetengah orang masih tidak menghormatinya.
Perlu ada tindakan tegas, jika cakap (isu perkauman) terus bawa ke mahkamah.
Jadi orang akan serik. (Sekarang) orang tak takut sebab tidak tegas," katanya.
Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas selesai majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, semalam yang dihadiri hampir 12,000 penduduk berbilang kaum sekitar Kuantan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor