Pages

Thursday, July 23, 2015

(KUANTAN) SEKELUARGA NYARIS BERTEMU AJAL





Sebuah keluarga nyaris terlibat dalam kemalangan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hampir dirempuh sebuah kenderaan lain di lebuhraya Gambang menuju ke Kuantan, kelmarin.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bertarikh 20 Julai, keluarga tersebut yang memandu di lorong kanan pada mulanya dilihat hendak memotong sebuah lori treler, namun tidak lama kemudian muncul sebuah kenderaan jenis Honda City dari arah bertentangan terbabas dan terus meluncur ke arah mereka.

Pemandu Honda City tersebut dikatakan memandu laju sebelum hilang kawalan lantas merempuh bahagian kanan alur laluan mangsa yang bertentangan dengannya.

“Allahuakbar, Allahuakbar, ya Allah kesiannya.. apasal sampai macam tu terbabas,” ujar salah seorang daripada ahli keluarga terbabit.

Di ruangan komen, Mohd Hafiz Mohd Shah memuji tindakan keluarga terbabit yang walaupun berada di saat cemas, masih mampu untuk bertenang.

“Terbaik pemandu dan penumpang kereta ni.. da la diselamatkan Allah dari malapetaka, sempat pula menyebut nama Allah dan beristirgfar berkali2.. x ramai yg mampu berbuat demikian.. jika menyebut ‘f’, mungkin ramai termasuk diri ini sekali,” katanya.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan pemandu Honda City terbabit yang hampir menyebabkan sekeluarga berkenaan maut disebabkan kecuaiannya memandu laju.

Apa-apa pun di hujung video, kedengaran suara halus yang menyatakan “nasib baik kita ada kamera ya”.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor