Pages

Wednesday, July 29, 2015

[KUANTAN] MoU BANGUNKAN SEKTOR PENDIDIKAN ANTARA 'IKIP' DAN 'STAIN'




29 Julai 2015 - Satu Majlis Menandatangani Memorandum (MoU) Persefahaman antara IKIP Education Sdn. Bhd. (IKIP) dengan Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), Batusangkar, Barat Sumatra, Indonesia diadakan di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur , Kuantan, Pahang.

Kerjasama ini adalah bagi memanafaatkan secara optimum segala sumber daya yang ada pada kedua belah pihak, IKIP dan STAIN dalam pembangunan sektor pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang dinamis dan progresif dalam pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang dinamis dan progresif dalam menghadapi era global.

Ruang lingkup kerjasama ini meliputi usaha kerjsasama akademik dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kursus-kursus akademik yang ada pada kedua-dua belah pihak, sosialisasi international marketing, berkongsi tenaga kepakaran, penglibatan dalam menyertai seminar, pameran, simposium dan aktiviti-aktiviti almiah.

Majlis MoU ini diwakili oleh YBhg. En. Morhishamuddin bin yaacob, Pengarah Urusan IKIP Education Sdn. Bhd dan YH. Bapak Dr. H.Kasmuri, MA, Ketua STAIN Batusangkar, Indonesia.










No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor