Pages

Tuesday, July 14, 2015

JANGAN SPEKULASI PERLETAKAN JAWATAN TMJ


TMJ


Penyokong bola sepak tempatan diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), kelmarin.

Setiausaha Kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya berkata sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan perlu dirujuk kepada laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Johor Southern Tigers.

Pada masa yang sama, beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Tunku Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilantik sebagai Penaung PBNJ susulan keputusan baginda untuk meletak jawatan.

"Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan melalui laman rasmi Johor Southern Tigers dan para penyokong dinasihati agar merujuk kepada laman ini terlebih dahulu," jelas Mohd Fahmi menerusi laman Facebook berkenaan.

kelmarin, Mohd Fahmy mengumumkan Tunku Ismail membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ dan tempat baginda diisi oleh Setiausaha Kerajaan negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Baginda bagaimanapun dilaporkan tidak memberi alasan di sebalik peletakan jawatan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor