TARIKH 4 Julai sentiasa menjadi tanda peringatan buat Fiat 500. Tarikh keramat itu merupakan hari bersejarah pengeluaran besar-besaran di Itali dengan jualan hampir 3.8 juta. Tarikh itu juga Fiat 500 yang pertama diperkenalkan pada 1957. Selepas 50 tahun, pada 4 Julai 2007 Fiat memilih untuk meraikan warisan model terlaris itu dengan memperkenalkan Fiat 500 baharu yang terkandung semangat dan personaliti yang sama.
Lapan tahun kemudian dengan produksi 1.5 juta, kegemilangan itu kini diserahkan kepada Fiat 500 baharu. Model baharu berkenaan lebih segar menerusi perubahan signifikan pada bahagian luar dan dalam. Namun masih mengingati akar umbi model sebelumnya, pihak Fiat mengekalkan rupa signatur yang menjadikan ia satu kejayaan global tetapi pada masa yang sama menjadikan ia lebih menarik dan kontemporari.
Ditawarkan dalam dua pilihan reka bentuk hatchback dan convertible, Fiat 500 boleh didapati dalam tiga varian iaitu Pop, Pop Star dan Lounge. Kesemua varian dilengkapi dengan segudang peralatan standard iaitu lampu LED nyalaan siang hari, tujuh beg udara dan sistem hiburan Uconnect bersama enam pembesar suara, ketersambungan AUX, USB dan sistem kawalan pada stereng stereng roda.
Bagi versi Pop Star di United Kingdom boleh menambah pilihan menambah penyaman udara, perumah cermin dengan warna badan bersama fungsi menyahfroskan dan rim aloi 15-inci. Manakala versi Lounge memiliki ciri lebih sofistikated seperti bumbung kaca panorama kaca, sensor parkir belakang, jeriji depan krom, lampu kabus, stereng dengan kemasan kulit dan sistem skrin hiburan 5 inci Uconnect LIVE dengan integrasi telefon pintar dan beberapa aplikasi sedia ada bagi membantu pengguna terus berhubung dengan selamat ketika bergerak.
Menyentuh soal mekanikal, pihak Fiat menawarkan dua pilihan enjin iaitu 0.9-liter TwinAir dengan pilihan kuasa 85hp atau 105hp. Sementara enjin 1.2-liter mampu menghasilkan kuasa 69hp unit. Penghantaran kuasa ke roda depan dibantu dengan kotak gear manual lima atau enam kelajuan serta transmisi Dualogic (bergantung kepada model).
Penampilan Fiat 500 baharu lebih berani dan menggoda hasil daripada 1,800 perubahan inovatif. Perubahan ketara dilihat ialah penggunaan lampu LED siang hari dan kluster lampu belakang baharu. Turut tidak ketinggalan semakan semula turut dilakukan pada palet warna, papan pemuka dan penggunaan material lebih baik.
Reka bentuk kompak adalah satu elemen penting dalam pembangunan Fiat 500. Model baharu itu masih mengekalkan dimensi mesra bandarnya iaitu panjang 357 sentimeter (cm), 163cm (lebar) dan 149cm (tinggi) dengan jarak roda adalah 230cm. Bagaimanapun, rekaan depan dan hujung belakang telah ditambah baik bagi mengekalkan identiti popular 500. Melihat kepada luaran Fiat 500, ia masih menyerlahkan unsur-unsur tersendiri dan mempunyai ciri-ciri asli keluaran 1957 tetapi lebih kontemporari dan kandungan teknikal tambahan.
Bagi ketenangan minda pemilik, Fiat 500 adalah salah satu kereta paling selamat di dalam segmennya. Bagi varian popular 1.2L kini dilengkapi dengan cakera brek lebih besar untuk kuasa membrek lebih berkesan dan tujuh beg udara (depan, tingkap dan beg udara sisi, serta beg udara lutut pemandu) kekal standard di seluruh julat seperti dahulu. Sistem keselamatan aktif lain termasuk ABS bersama pengagihan brek elektronik (EBD), kawalan kestabilan elektronik (ESC), peraturan anti slip (ASR) dan bantuan brek hidraulik (HBA).
Fiat 500 ditawarkan dengan lima warna iaitu microcarbon black, matt silver, matt titanium, military green dan jeans. Warna microcarbon black dan military green turut dikemas kini pada papan pemuka. Fiat 500 baru akan mula dijual di UK pada awal bulan September dengan harga bermula pada hanya £ 10,890.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor