Hunan - Sekumpulan doktor di China terpaksa menyambung pergelangan tangan seorang lelaki yang putus di kakinya untuk memastikan sel tisu tangan tersebut terus hidup.
Menurut laporan berita Morning News, sekumpulan doktor berjaya membantu seorang pesakit menyambung semula tanggannya yang putus dengan mencantumkan tangan tersebut ke kaki mangsa terlebih dulu.
Ketua Jabatan Pembedahan Mikro Hospital Xiangyan berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zhou putus tangan kiri selepas tangannya itu terperangkap dalam sebuah mesin semasa bekerja.
"Doktor terpaksa menyambung bahagian tangan yang terputus di kaki mangsa terlebih dahulu untuk memastikan pengaliran darah sebelum menyambung semula tangan lelaki berkenaan.
"Tisu mungkin akan mati jika bekalan darah terputus terlalu lama" katanya.
Tambahnya lagi, ini merupakan kejayaan kali kedua hospital berkenaan selepas kejayaan pertama pada Disember 2013.
Tangan lelaki berkenaan diletakkan di kaki selama sebulan sebelum dipindahkan semula ke pergelangan tangannya.
Pembedahan tersebut melibatkan 10 pakar bedah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor