
New Delhi – Polis menahan sembilan orang di timur India kerana membelasah hingga mati enam orang dari satu keluarga yang dituduh mengamalkan sihir serta menjadi punca kanak-kanak di kampung itu sakit.
Menurut polis, pasangan suami isteri dan anak mereka sedang tidur dalam rumah lumpur di Bhubaneswar, daerah Keonjhar, negeri Orissa apabila perusuh bersenjatakan kapak dan menyerang mereka awal pagi Isnin lalu.
Dua kanak-kanak keluarga tersebut bagaimanapun terselamat dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.
Ketua Polis Orissa, Sanjeev Marik, berkata dua daripada sembilan orang yang ditahan itu adalah saudara-mara mangsa yang menuduh pasangan suami isteri itu menjadi punca kekerapan penyakit dalam kalangan bayi di kampung itu.
“Ia perbuatan kejam akibat tidak memahami kepercayaan orang lain.” katanya.
Marik berkata sembilan orang didakwa atas tuduhan membunuh serta kesalahan lain.
Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dipukul hingga mati dan mayatnya dibakar perusuh minggu lalu, juga kerana didakwa mengamalkan sihir di daerah itu dan polis menahan 10 orang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor