Sandakan - Seorang anggota bomba maut terkena renjatan elektrik ketika melakukan operasi memadamkan kebakaran belukar di Taman Kenari Batu 7, dekat sini, semalam.
Mangsa, Apolos Jeremos, 25, dari Kampung Entilibon, Tongod antara anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dihantar ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.59 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata mangsa terkena renjetan elektrik daripada pendawaian disambung secara haram di kawasan rumah setinggan berhampiran taman perumahan itu.
Katanya mangsa tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar Hospital Duchess di sini untuk dibedah siasat.
Apolos menjadi anggota bomba sejak September 2011 dan meninggalkan isteri yang sedang hamil lima bulan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor