PARTI Keadilan Rakyat (PKR) didakwa telah membuat keputusan tentang kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila memilih untuk meneruskan kerjasama dengan DAP, bukannya PAS.
Seandainya khabar angin tersebut benar, maka secara rasminya, tindakan itu menggambarkan bahawa PKR turut memutuskan jalinan yang terikat antaranya dengan PAS. PKR Akan Keluarkan Kenyataan Dalam Masa Terdekat – Rafizi
Dakwaan berkenaan timbul setelah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dikenali sebagai Chegubard memaklumkannya melalui laman mikro Twitter peribadi.
Tulisnya di laman sosial tersebut, keputusan itu dicapai PKR dalam satu mesyuarat Biro Politik malam semalam yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi mesyuarat sama juga, kedua-dua parti pembangkang itu akan menubuhkan pakatan baru tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin turut membidas ketidakhadiran Timbalan Presiden parti, Azmin Ali dalam mesyuarat tersebut.
Ujarnya, Menteri Besar Selangor itu mengambil tindakan tersebut untuk ‘kekal main selamat’, bahkan menyifatkan Azmin sebagai ‘cap ayam’.
@AzminAli timbalan presiden PKR xhadir mesy.penting biro pol utk putus hubungan dgn PR utk kekal main selamat... haha cap ayam betul punya..
Menurut dakwaan sesetengah pihak, PKR kini terbelah dua apabila sebahagiannya menyokong kerjasama dengan DAP manakala separuh lagi memihak kepada PAS.
Kumpulan yang menyokong DAP dikatakan dikepalai oleh Rafizi Ramli manakala Azmin pula dikatakan lebih memilih PAS.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor