Lama Tok Awang tak menulis.. keluar negara kononnya. Bukan di luar negara tak ada internet, malah negara seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam yang kita lihat sebagai kurang maju berbanding kita namun capaian internet mereka jauh lebih baik dari kita. Dimana silapnya, Tok Awang pun tak tahu.
Ada suara-suara rakyat marhaen kata syarikat pembekal jalur lebar yang terlalu 'kemut' .. minta bayar lebih tetapi beri kurang. Ada juga yang kata 'mereka' menipu pengguna. Entahlah, Tok Awang malas nak pikir, tapi hakikatnya negara kita memang patut medapat jalur lebar yang lebih pantas... lebih lebar dan lebih panjang......(?)
Krisis Tun dan DS Najib masih berpanjangan. Berkali-kali Tok Awang nyatakan yang Tok Awang memang sayang dan hormati Tun, namun Tun juga patut sedar diri bahawa masanya sudah berlalu. Di zaman Tun jadi nakhoda negara dia berhak menentukan arahtujunya dan kini zaman DS Najib yang jadi nakhoda, maka biarlah dia tentukan arahtujunya ... kemanakah negara dan rakyat akan dibawanya.
Berita di tv malam tadi; Lim Kit Siang DAP membuat kenyataan bahawa Pakatan rakyat sudah tidak wujud lagi berikutan keputusan muktamar Pas meluluskan usul Dewan Ulama untk memutuskan hubungan dengan DAP. Tok Awang ingin ketawa tapi dalam masa sama terasa juga ingin menangis. DAP yang dulu jadi buah hati pengarang jantung Pas kini sudah diceraikan. Entah siapalah antara mereka yang akan gila talak nanti...(?)
Sepatutnya Pas dan UMNO akan duduk bersama dan bersatu semula kerana asas perpaduan kita adalah agama Islam dan bangsa Melayu. tetapi bukannya mudah kerana sejak dahulu lagi pengikut Pas sudah diajar supaya membenci UMNO dan menjatuhkannya hatta terpaksa bersekutu dengan DAP bahkan dengan syaitan sekalipun. Bukan senang untuk menelan ludah dan kahak selama ini. Apapun, Pas mesti berani untuk berubah.. inilah masa dan saatnya untuk memperkuatkan semula bangsa Melayu dan memertabatkan Islam.
Jika bercakap menggunakan akal, sudah tentu Pas tidak akan berani katakan mereka akan dapat martabatkan Islam atas kerjasamanya dengan DAP. Namun itulah yang didendangkan oleh pemimpin mereka selama ini sambil menanam kebencian kepada UMNO.
Sebelum itu, Sastrawan Negara secara resminya jadi ahli DAP di Kelantan. Dalau usia 80 tahun sastrawan itu mungkin juga sudah sasau dan sawan 'gamaknya'.. atau sememangnya dasar-dasar DAP sudah boleh diterima oleh orang Melayu pada zaman ini? Entahlah.. siapakah yang boleh menjawab...?
Siapalah Tok Awang untuk menyeru perpaduan ummah, namun Tok Awang beranikan diri juga untuk menyeru agar Pas dan UMNO bersatu... carilah persamaan sesama kita dan perkecilkan jurang perbezaan yang ada... jika tidak, tidak mustahil DAP yang akan berkuasa dan memerintah kita di tanah air yang kita adalah penduduk majoritinya.
Tok Awang Selampit.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor