Pages

Tuesday, June 16, 2015

TIADA LAGI PAKATAN RAKYAT, KATA DAP


lim guan eng


Shah Alam - Gabungan Pakatan Rakyat yang terjalin sejak 2008 kini sudah tidak wujud lagi, umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam satu kenyataan media berkata, parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, Pakatan Rakyat kini sudah terbubar.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” ujarnya.

Katanya lagi, DAP bagaimanapun akan terus bekerjasama dengan PKR dan semua kuasa-kuasa lain dalam memastikan tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor