Rawang - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini melancarkan loji tenaga biomas yang dimiliki sebuah syarikat tempatan di Kuang dekat sini.
Loji mesra alam itu dan tidak mengeluarkan asap, abu, tar atau air yang tercemar semasa beroperasi adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.
Loji milik Comintel Green Technologies Sdn Bhd (GGT) itu berkeupayaan menjana dua megawat tenaga berasaskan sumber bahan buangan termasuk kayu, palpa dan tempurung bagi tempoh sejam.
Baginda yakin loji yang terletak di pinggir perkampungan orang asli Kuang itu bukan sekadar menjadi pengeluar perintis tenaga yang diperbaharui tanpa karbon berasaskan biomas tetapi kegiatan industri itu mampu berkembang.
Tuanku Syed Faizuddin yakin loji seumpama itu pasti membantu menjayakan hasrat negara mengutamakan pertumbuhan teknologi hijau yang mesra alam.
Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut meninjau loji yang dianggarkan berharga lebih USD12 juta itu.
Baginda berdua diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif CGT, Mr Lim Keng Hock dan Pengerusi Comintel Corporation Bhd yang juga syarikat induk CGT, Tan Sri Samshuri Arshad.
Loji itu akan membantu mengawal pencemaran alam apabila segala sisa taman dan perbandaran kecuali bahan konkrit boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga.
Ia juga dapat mengurangkan penggunaan tanah untuk dijadikan loji merawat sisa pepejal apabila bahan terbuang yang selama ini dihumban ke tapak pelupusan menjadi sumber yang boleh digunakan semula.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor