Kulaijaya - Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan cukai jalan kenderaan dengan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di sini, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Razak Md Said berkata polis menemui 41 dokumen cukai jalan kenderaan palsu dan merampas sebuah komputer, mesin pencetak serta mesin pengimbas dalam serbuan pada jam 8.45 malam, 2 Jun lepas.
"Siasatan awal menunjukkan suspek telah melakukan kegiatan itu sejak setahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya percaya lelaki itu merupakan anggota terakhir rangkaian sindiket yang pernah ditumpaskan sebelum ini di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Dalam kes berasingan, Razak berkata polis menahan seorang ejen syarikat menjual pasir berumur 38 tahun dan wanita berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini, Khamis lepas, kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.
Katanya polis merampas ganja seberat 186.77 gram, syabu sebErat 56 gram, sebiji pili ermin 5 dan wang tunai hasil jualan dadah berjumlah RM6,750.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor