Pages

Monday, June 8, 2015

NAJIB UTUS SURAT TAKZIAH KEPADA PM SINGAPURA


gempa bumi


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengutus surat ucapan takziah kepada rakan sejawatannya Lee Hsien Loong berhubung kematian lapan rakyat republik itu dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah.

Dalam tragedi itu, seorang guru dan enam pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong yang mengikuti rombongan sambil belajar seberang laut termasuk seorang penunjuk arah terkorban sementara seorang guru dan seorang pelajar masih hilang.

Sementara itu, Najib berkata, beliau sentiasa mendapat laporan tentang kejadian itu khusus berhubung langkah yang diambil untuk mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa dalam tragedi itu.

"Saya sentiasa mendapat laporan daripada Majlis Keselamatan Negara dan saya sedang fikir untuk melawat Sabah dalam masa terdekat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Ahad.

Setakat ini, 16 mayat telah ditemui berikutan kejadian pada 7.15 pagi Jumaat lepas iaitu gempa bumi terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu disusuli gegaran kecil yang turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor