Oleh: Zainal A. Shamsudin
6.6.2015 - Kolej Antarabangsa Ikip terus unggul sebagai kolej swasta yang aktif dengan pelbagai aktiviti pelajar di sekitar Bandar Kuantan.
Dalam usaha memperkenalkan Bandar Kuantan kepada lebih 300 pelajar-pelajar baru yang berdaftar pada bulan Mei lalu, secara tidak konservatif, mereka dibawa sekitar bandar secara bertanding dalam larian sejauh 3.4 kilometer.
Bermula dari awal pagi dengan acara senamrobik di Taman Kerang yang terletak di tengah bandar, larian mereka seterusnya membawa pelajar-pelajar baru Ikip mengeliling Bandar Kuantan ke Kolej Ikip yang terletak di Taman Gelora.
Acara larian, “Run To Ikip” dilepaskan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif.
Hadiah pertama bahagian lelaki dimenangi Mohamad Syariol Asyraf Mohd Nawi dari Fakulti Pengurusan Teknologi, diikuti Afero Khairul Alfatah Mahmod dari Fakulti Seni Multimedia dan Kreatif dan tempat ke 3 dimenangi Muhammad Noorazman Ali Nasir juga dari Fakulti Multimedia dan Kreatif.
Bahagian Wanita pula dimenangi Pelajar Diploma Setiausaha Eksekutif, Hani Zuleika Azman Azhare. Tempat ke 2 diraih Siti Nurhuda Nadiah Mohd Fadzi dari Diploma Grafik dan Multimedia dan Nur Fatin Farhah Azman, penuntut Diploma Komputer Sains memenangi tempat ke 3.
Kesemua pemenang meraih hadiah berupa telefon bimbit dari pelbagai jenama.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor