Pages

Sunday, June 14, 2015

KAPAL TANGKI MALAYSIA BAWA 22 ANAK KAPAL HILANG


KUALA LUMPUR 13 JUN 2015 - SEBUAH kapal dagang Malaysia, Orkim


Kuala Lumpur – Sebuah kapal dagang Malaysia yang membawa 22 anak kapal dipercayai hilang berhampiran kawasan perairan Singapura di Laut China Selatan sejak kelmarin.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa muatan 5,879 tan metrik minyak petrol RON 95 dari Klang menuju ke Kuantan bersama 16 anak kapal tempatan termasuk lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

Berdasarkan laman web Marine Traffic kapal dagang terbabit terputus hubungan dengan syarikatnya kira-kira pukul 6.05 petang.

Kesemua anak kapal yang hilang berusia antara 20 tahun sehingga 64 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, sebaik sahaja menerima laporan, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan bagi mencari kesemua anak kapal tersebut.

Beliau berkata, kedudukan kapal terakhir adalah di 30 batu nautika dari timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada pukul 8.50 malam kelmarin.

“Operasi SAR diaktifkan pada pukul 7.30 pagi semalam melibatkan tiga aset laut iaitu KM Mulia, Pengawal 32 dan Penggalang 14 serta sebuah helikopter untuk mencari dan menyelamat kapal berkenaan.

“Selain itu, dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membantu dalam operasi menyelamat tersebut,” katanya.

Ahmad Fuzi memberitahu, pi­haknya telah memaklumkan agensi penguat kuasa negara jiran termasuk Singapura dan Indonesia tentang kejadian itu.

“Sehingga kini siasatan mengenai punca kejadian masih diteruskan dan SAR dipergiatkan ke semua aspek termasuk pencarian meliputi seluruh pantai timur dan Sarawak,” ujarnya

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor