
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini.
Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata, gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Pusat gempa tersebut terletak 16km barat laut Ranau. Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata, tiada lagi gempa bumi dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.
Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor