
Dewan Ulama PAS sepakat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pusat untuk memutuskan kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).
Usul tersebut dihujahkan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama, Mokhtar Senik susulan serangan bertali-arus yang dibuat Parti Tindakan Demokratik terhadap PAS, terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Walau bagaimanapun, kerjasama akan tetap diteruskan dengan rakan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Memetik kenyataannya menerusi Malaysiakini, “DAP dengan lantang mengugut kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden yang menjadi ayah kita dalam PAS.
“Kita tidak sanggup menyerahkan presiden kita dinodai parti rakan DAP. Keberanian DAP itu disebabkan setengah kita tidak memberi walak kepada presiden.
“Mereka masuk dalam rumah kita, cuba ganti ayah dalam rumah kita. Sikap DAP seolah-olah dia memimpin PAS dan cuba mengawal PAS, seolah-olah PAS tidak ada presiden.”
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor