Pages

Wednesday, June 10, 2015

BERSANDING DALAM KERANDA DEMI CINTA HAKIKI


Bersanding dalam keranda demi cinta hakiki


Nonthaburi - Lain daripada lain, tapi yang ini memang pelik. Tak pernah terfikir hari bahagia yang sepatutnya disambut dengan penuh meriah di atas pelamin terhias indah bertukar dalam keranda.

Namun itulah yang berlaku di Nonthaburi. Amalan ini secara tradisinya dilangsungkan di sebuah kuil Buddha iaitu di Wat Takien di Wilayah Nonthaburi.

KENAPA DALAM KERANDA

‎Pertanyaan pertama yang mungkin muncul di fikiran kita, kenapa pasangan pengantin perlu bersanding di dalam keranda jika mereka ingin hidup bahagia selamanya.

Mengikut tradisi masyarakat di sana, mereka percaya bahawa ritual seperti ini diyakini mampu menyemai cinta hakiki kepada pasangan pengantin, membuang nasib buruk serta membawa kemakmuran dan perlindungan dari bahaya.

Ritual ini juga untuk menyedarkan pasangan pengantin bahawa hidup tidak ada yang abadi, seperti yang diajar dalam ajaran Buddha. 

Dalam upacara itu, sami Buddha akan membacakan doa sementara pengantin berbaring di dalam keranda merah muda selama upacara persandingan berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor