Banda Aceh - Tiga pasangan kekasih dijatuhi hukuman rotan di hadapan khalayak ramai, di sini semalam selepas mereka ditangkap atas kesalahan berkhalwat.
Kira-kira 1,000 orang penduduk menyaksikan pelaksanaan hukuman yang dijalankan ke atas tiga orang lelaki dan perempuan berusia dalam lingkungan 18 ke 23 tahun itu di tengah-tengah bandaraya ini.
“Kami berharap mereka yang dikenakan hukuman tersebut sedar bahawa perbuatan mereka adalah salah di sisi agama dan berubah menjadi manusia yang lebih baik,” kata pegawai agama Acheh, Ridwan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor