Shah Alam – Sebuah rakaman litar tertutup didakwa merakam tindak tanduk pemandu Myvi yang berlumba di Lebuhraya Duke, Sabtu lepas telah dimuat naik ke laman Facebook, hari ini.
Melalui rakaman berdurasi 29 saat berkenaan, Sinar Online mendapati beberapa buah kenderaan termasuk beberapa buah Myvi dipandu dengan laju berbanding kenderaan-kenderaan lain.
Video tersebut yang telah dikongsi hampir 7,000 pelayar dan ditonton lebih 130,000 pelayar lain dikatakan mampu menjadi bahan bukti untuk siasat pihak polis.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Berang kecuaian pemandu Myvi ]
Sebelum ini, kemalangan awal pagi Sabtu lepas yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan dikatakan berpunca dari enam buah Myvi yang dikatakan berlumba sesama mereka.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor