Oleh Zainal A. Shamsudin
Tekek, 30.4.15 - Penduduk Pulau Tioman yang terletak lebih 65 km di tengah Laut China Selatan dapat menikmati kemudahan jalur lebar dengan terbinanya Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Selain memberi perkhidmatan secara kolektif kepada masyarakat setempat, jalur lebar sangat penting untuk industri pelancongan di Pulau Tioman yang dianggap antara 10 pulau tercantik di dunia.
“Pelancong yang datang ke Pulau Tioman akan hanya menetap lebih lama di sana jika mereka masih dapat berhubung dengan dunia luar dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi.“ kata Datuk Seri Saberi Cheek ketika merasmikan PI1M di Kampung Tekek, Pulau Tioman.
Kewujudan PI1M membolehkan masyarakat luar bandar memperolehi kemudahan yang sama taraf seperti di bandar dengan kelajuan internet sekurang-kurannya 4 megabit sesaat (Mbps) dan perkakasan IT yang terkini.
Majlis perasmian turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Exco komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Pemimpin pemimpin Barisan Nasional turut mengadakan lawatan di Perkampungan Tekek dengan berbasikal.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor