Oleh Zainal A. Shamsudin
Muadzam Shah, 3.5.2015 - Kerajaan Pahang akan memohon Bank Negara mengkaji semula dasarnya dalam memberi pinjaman perumahan bagi memudahkan pembeli rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang mendapat pinjaman.
Kerajaan Pahang telah menyiapkan 15,000 rumah.Tetapi pembelinya yang kebanyakannya daripada peniaga kecil bermasalah untuk mendapat pinjaman bank kerana tidak dapat memenuhi syarat penyata kewangan seperti ditetapkan oleh sistem perbankan yang ada sekarang.
.“Kalau boleh, kita mahu perumahan Felda Generasi ke 2 dilengkapkan dengan pinjaman perumahan kerana kita tahu pembeli yang terpilih mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Cuma mereka tidak mempunyai penyata bank seperti yang disyaratkan oleh bank tempatan.”
“Hanya Bank Negara dapat mengubah dasar ini, dan Kerajaan Pahang akan membuat permohonan segera bagi menyelesaikan masalah syarat syarat yang di tetapkan kepada pembeli rumah PR1MA Pahang .” Kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob
“Kerajaan Pahang juga sedang berbincangkan menurunkan lagi harga rumah PR1MAnya ke RM 80,000.00, tanpa mengurangkan keluasan tanah . Pahang mempunyai tanah yang luas dan murah. Jadi tidak masalah kepada kerajaan negeri menjual dengan murah bagi kepentingan pembeli rumah.” Kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di tapak Masjid Bandar Satelit Muadzam Shah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor