Pages

Tuesday, May 19, 2015

PELAKU SEKS DIBALKONI DIKENAL PASTI

Polis siasat video seks pasangan di balkoni


KUALA LUMPUR - Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki dalam rakaman video yang menunjukkan pasangan dipercayai sedang melakukan hubungan seks di balkoni sebuah apartmen di Bangsar South pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, menerusi maklumat dan kerjasama orang awam, suspek lelaki itu dipercayai warga asing berusia sekitar 30-an yang menyewa servis apartmen berkenaan bersama pasangannya.

Beliau berkata suspek dipercayai masih berada di negara ini.

Polis juga sedang menyiasat perakam video tersebut.
 
 
Rakaman video berdurasi 30 minit itu dipercayai dirakam seorang penyewa di apartmen lain yang terletak berhampiran balkoni tersebut dan ia menjadi viral di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.







No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor