Menurut soal selidik yang dijalankan selama 2 minggu lalu mendapati bahawa BN masih menjadi pilihan rakyat dan akan mengekalkan kerusi Parlimen Rompin yang dipertandingkan dalam PRK kali ini.
Rata-rata menyatakan akan terus memberikan sokongan kepada calon BN bagi menyambung usaha murni Allahyarham Dato' Sri Jamaluddin Jarjis selaku Ahli Parlimen Rompin sebelum ini.
Masyarakat orang asli yang ditemui pun menyatakan sokongan terhadap BN dan Dato' Hasan tanpa berbelah bagi.
Bagaimanapun jumlah majoriti kemenangan dijangka berkurangan akibat peratusan keluar mengundi yang merosot disebabkan faktor cuaca.
Selain itu ada terdapat juga makluman bahawa adanya pihak perayu undi pembangkang yang datang dari rumah ke rumah menghasut agar pengundi tidak turun mengundi dengan alasan bahawa BN tetap akan menang.
Justeru, para pengundi khususnya penyokong BN diminta agar tetap aku keluar mengundi diawal pagi bagi mengelakkan cuaca buruk serta menjamin mengekalkan jumlah majoriti undi tinggi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor