Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memandang berat terhadap penemuan kubur besar yang terletak di kawasan Malaysia dekat sempadan Thailand yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
"Kami akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab," kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengesahkan mengenai penemuan kubur-kubur besar berdekatan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor