Bagi memberi pendedahan dalam proses menuntut ilmu di institusi pengajian terkemuka, Universiti Al-Azhar, Sekolah Pengajian Islam, Kolej Islam Sultan Haji Ahmad Shah (Kipsas) menganjurkan program Daurah Ilmiah Bahasa Arab ke Mesir selama dua minggu bermula Rabu depan.
Dekannya, Muhammad Fadlly Ismail berkata, program membabitkan 40 pelajar tahun dua Ijazah Quran dan Sunah dan Ijazah Syariah itu adalah julung kali diadakan.
Menurutnya, pada program itu, pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran di universiti berkenaan selain mendengar kuliah pensyarah terbaik di sana.
“Ia adalah peluang keemasan yang dinantikan pelajar kursus ini bagi menimba pengalaman baharu di sana.
“Walaupun mereka tidak berpeluang melanjutkan pengajian di Mesir, namun tetap dapat merasai pengalaman itu selama dua minggu,” katanya pada Majlis Doa Selamat.
Turut hadir, Presiden Kipsas, Datuk Yahya Zainal Abidin.
Muhammad Fadlly berkata, melalui program itu diharap dapat menggilap kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar.
Beliau berkata, sepanjang dua minggu di Mesir, pelajar akan dibawa melawat tempat bersejarah selain mengikuti sesi pembelajaran di sana.
“Selain itu, Kipsas juga akan berbincang ke arah jalinan kerjasama dengan Universiti Al-Azhar mengenai peluang melanjutkan pengajian.
“Sekiranya kerjasama ini dapat direalisasikan, ia akan menjadi sejarah tersendiri buat Kipsas,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor