Permatang Pauh - Dua buah kenderaan yang dinaiki sepasukan polis termasuk daripada unit pemusnah bom dikepung kira-kira 300 penyokong PKR di hadapan pintu masuk pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa di sini malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kumpulan berkenaan dikatakan melihat dua kenderaan polis itu dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka bertindak menghalang dengan menggunakan beberapa buah kenderaan.
Keadaan bertambah tegang apabila penyokong PKR yang berkonvoi menggunakan motosikal mula berhimpun dihadapan sekolah berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Mereka yang curiga dengan kehadiran anggota polis di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada kepimpinan PKR negeri.
Tidak lama kemudian Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon bersama peguamnya tiba ke lokasi berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripada polis .
Sinar Harian difahamkan,kehadiran pasukan polis berkenaan disebabkan penugasan flushing atau pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan pusat mengundi itu selamat daripada sebarang ancaman.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor