Johor Bahru - Kapal korek yang karam di perairan Pengerang semalam, ditunda ke lokasi pada kedudukan 1.2 batu nautika dari darat Tanjung Punggai, Kota Tinggi di sini malam tadi.
Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata operasi pengalihan mengambil masa kira-kira lapan jam iaitu selesai pada 8 malam ini.
"Pada masa ini, kami tidak pasti sama ada operasi akan diteruskan untuk menyelam ke kapal berkenaan ataupun sebaliknya.
"Apa-apa maklumat akan kami beritahu kelak," kata beliau ketika yang dihubungi di sini sebentar tadi.
APMM menggunakan khidmat sebuah kapal tunda milik Jabatan Laut untuk melakukan kerja pengalihan kapal itu pada 11 pagi semalam.
Seramai 10 penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia turut siap siaga bagi melaksanakan tugas mencari dan menyelamat mangsa di dalam kapal, sejurus ia berjaya ditunda.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor