BANGI: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan komited untuk terus mengurangkan beban rakyat dengan menambah baik beberapa dasar kerajaan mengenai kos sara hidup.
Perdana Menteri berkata, ini termasuk menambah lebih banyak rumah mampu milik, meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam, pendidikan dan sistem kesihatan negara.
"Kos sara hidup adalah keutamaan dalam sesebuah keluarga dan ia berada pada tahap tertinggi dalam keluarga.
"Kerajaan sudah banyak memperkenalkan kaedah dan cara namun ia mungkin tak lengkap tapi macam-macam usaha yang sudah dilakukan termasuk subsidi pelajaran," katanya berucap pada perasmian Sidang Meja Bulat dan Bicara Kos Sara Hidup Pemikir Muda Malaysia di sini, hari ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Pemikir Muda Malaysia, Mohd Rafiq Naizamohideen dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
Dalam pada itu, Najib berkata, prinsip pendemokrasian pendidikan yang diamalkan kerajaan akan diteruskan bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berintelektual tinggi.
Ini kerana, katanya, dasar kerajaan percaya bahawa setiap individu itu berpotensi belajar hingga ke peringkat tertinggi bukan disebabkan had kemampuan kewangan tapi daya keinginan dan kebolehan.
"Soal kemampuan tidak timbul kerana sistem pendidikan Malaysia berbeza dengan banyak negara," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor