Alhamdulillah penamaan calon pilihanraya kecil Rompin berlangsung dengan selamat pagi semalam. Tak ada insiden buruk berlaku diantara kedua belah pihak walaupun ada sedikit provokasi yang dilakukan oleh puak-puak Pas yang memang terkenal dengan taksubnya. Mujur penyokong BN tidak sebodoh mereka dan dapat mengelak pergaduhan dari tercetus.
Rompin sememangnya kubu kuat BN. Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis sememangnya telah menjaga dan melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik. Justeru itulah majoriti undi dan sokongan dalam pilihanraya meningkat dari tahun ke tahun. Dalam pilihanraya umum lalu beliau mendapat majoriti undi sebanyak 15 ribu.
Mengekalkan majoriti undi itu adalah satu cabaran besar buat Dato' Hasan Arifin, apatah lagi untuk mengatasinya, namun dari apa yang Tok Awang lihat dan dengar sepanjang beberapa hari ini, memang Dato' Hasan Arifin berkerja keras untuk mendapatnya. Beliau memberikan dan menumpukan seluruh masa dan tenaganya sehinggakan kadangkala tak semput untuk menyikat rambutnya yang tinggal sedikit itu.
Tok Awang harap dan doakan Dato Hasan akan memperolehi apa yang dihajati beliau berkat usaha gigihnya itu.
Pertandingan kali ini berlaku 2 penjuru. Khabar angin calon bebas nak bertanding tidak kesampaian. Blogger yang tak berapa terkenal yang kononnya nak bertanding akhirnya hasratnya tidak kesampaian.
Bekas bakal calon bebas berkenaan tiba ditempat penamaan calon kira-kira 5 minit sebelum waktu penamaan calon ditutup. Tidak lama kemudian beliau kelihatan keluar dari dewan dengan marah-marah kononnya beliau disabotaj.
Tok Awang sangat kenal dengan cucu Tok Awang yang sorang tu. Hajatnya bukanlah nak bertanding sangat, cuma sekadar untuk cuba mencari peluang jika ada pihak yang ingin membayarnya supaya tidak bertanding, malangnya beliau tidak dilayan oleh BN dan Pas. Maka habislah duitnya hangus begitu saja membeli borang pencalonan.
Hakikatnya, beliau datang ke dewan pencalonan tanpa membawa seorang pencadang dan penyokong yang sememangnya jadi syarat pencalonan. Dan yang lebih penting adalah beliau tidak ada duit pertaruhan. Kesian cucu Tok Awang tu, kalau dia bagi tahu Tok Awang awal-awal, tentu Tok Awang akan jual kerbau dan lembu untuk membantunya, tapi apakan daya.
Cucu Tok Awang tu sudah beberapa kali bertanding dan kalah setiap kali kerana beliau memangpun bukan calon beroptensi. Orang kata..."sembang je lebih...". Kali ini nak bertanding sebagai calon bebas. Jika beliau jadi bertanding tentu Tok Awang akan cadangkan beliau bertanding atas logo 'Skype' kerana tidak lama dulu dia ada sikit kes yang memalukan kemaluan akibat perhubuangan dilaman media sosial. Hahaha... harap cucu Tok Awang ini tidak marahkan Tok Awang yang berkata benar dengan kenyataan.
Eloklah cucu Tok Awang itu yang terkenal dengan Ngo 'Angkara' tidak terus berbuat onar dan angkar semata-mata untuk mencari pencarian kehidupan. Nanti Tok Awang akan nasihatkan dia supaya jadi insan yang lebih berguna.
Tok Awang Selampit.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor