Beberapa orang dari penyokong pembangkang mengadakan tunjuk perasaan dengan memegang poster di persimpangan Jalan Dato' Ibrahim disini pagi tadi.
Jumlahnya tidak melebihi 10 orang dan antaranya adalah wanita berpudrah, remaja serta beberapa orang-orang tua.
Tindakan yang menganggu lalu-lintas itu tidak disenangi oleh penduduk tempatan yang menganggapnya menyemakkan pandangan dan menguggat keharmonian bandar Rompin.
Bagaimanapun tunjuk perasaan itu hanya berlaku sekejap sahaja kerana tiada sambutan dari orang ramai. Mereka yang terlibat itu adalah dipercayai orang luar dan penyokong tegar parti pembangkang kerana tindakan ini dianggap untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihanraya kecil Rompin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor