Oleh Zainal Shamsudin
Kuala Rompin, 27.4.15 - “Pilih Barisan Nasional untuk pembangunan negara atau pembangkang yang hanya mahu kepuasan nafsu menang, tanpa arah tujuan.”
“Calon Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin mempunyai visi jauh ke depan untuk melonjak pembangunan Rompin sementara Calon Pas terlalu mentah untuk mentadbir”.
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menyamai Datuk Hasan dengan dirinya yang pernah terkeluar dari politik selama 2 penggal tetapi berjaya merampas kembali Parlimen Teluk Intan dalam PRK tahun lalu.
“Umur bukan ukuran ! Hasan hanya perlu mempunyai semangat tinggi dan komited untuk berkhidmat kepada masyarakat. Tanpa permainan kotor daripada pembangkang, Penyatuan komponen BN pasti akan mendapat mandat pengundi Rompin, tambah Datuk Mah.
Datuk Mah bercakap dalam sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Rompin yang dipengerusikan oleh Datuk Wee Kau Hing.
Datuk Mah merayu pengundi di Rompin untuk memberi sokongan kepada BN supaya Hasan dapat meningkatkan pembangunan Rompin yang telah dilakukan oleh Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor