Pages

Thursday, April 23, 2015

#PRKRompin - TIADA RUNGUTAN RAKYAT KETIKA SAYA WAKIL RAKYAT DULU - HASAN ARIFIN



Oleh Zainal Shamsudin


Muadzam, 23.4.15 - Calon BN kawasan P 091 Rompin, Dato’ Hasan Arifin tenang kerana tidak mendapat cemuhan dari masyarakat ketika menjadi Wakil Rakyat dulu.

“Tak pernah dengar rungutan mengenai perkhidmatan ketika saya bertugas sebagai wakil rakyat dulu. Kalau tidak tentulah saya dicemuh ketika berkempen sekarang. Ini gembirakan saya untuk terus berkhidmat untuk rakyat.”

Sambututan baik dari masyarakat ketika berkempen PRK Rompin memberi keyakinan kepada BN untuk sekurang kurangnya mempertahankan majoriti yang diperolehi pada PRU13.

Dato’ Hasan yang ditemui ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Keratong 10, Bandar Muadzam Shah berkata pembangunan mesti diteruskan selepas PRK Rompin terutama dalam bidang Pertanian berteknologi tinggi, dan pelancongan eco culture.

Hasan merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Tioman untuk sepenggal pada 1986 dan DUN Bukit Ibam sejak 1990 untuk tempoh tiga penggal. Kedua dua DUN berada dalam Parlimen Rompin. Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang dari 1995 hingga 1999.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor