Pages

Saturday, April 25, 2015

#PRKRompin - PEMBANGKANG PERSENDAKAN POLITIK NEGARA

 DS Hishamuddin ditemani Dato' Hassan berucap kepada hadirin

Oleh Zainal Shamsudin


Bukit Ibam, 25.4.15 - Parti pembangkang mempersenda politik negara seperti permainan untuk bersuka suka sahaja dengan meletakkan Wan Azizah sebagai calon Parlimen Permatang Pauh.

Datuk Hishammuddin Tun Hussein terperanjat dengan tindakan PKR mencalonkan Wan Azizah yang sebelum ini sudah meletak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh atas alasan menumpukan perhatian terhadap keluarga. Tetapi sekarang keputusannya dah berpusing untuk bertanding semula di kawasan yang sama.

“Saya harap rakyat dapat menilai semula sikap parti pembangkang yang tidak konsisten. Mereka mengadakan pelbagai tohmahan kepada Barisan Nasional, sebaliknya kita dapat lihat mereka sendiri melakukan perbuatan seperti apa yang mereka tohmahkan ke atas BN. Saya panggil ini sikap hipokrat pembangkang”


Bersalaman dengan sebahagian hadirin


Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bercakap dalam sidang akhbar selepas Lawatan ke Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam.

Menurut beliau perjuangan dan wawasan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis akan diteruskan jika Calon BN Dato’ Hasan Arifin diberi mandat di Parlimen Rompin.


Mendengar suara hati rakyat setempat


“Dato’ Hasan tidak akan keseorangan dalam menjalankan tanggongjawab sebagai wakil rakyat kerana jentera kerajaan yang sudah teguh akan menentukan perkhidmatan terbaik akan disediakan kepada penduduk Rompin,” kata beliau.

Datuk Hasan turut hadir dalam lawatan Hishammuddin petang tadi.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor