Pages

Wednesday, April 29, 2015

#PRKRompin: MANGSA KEBAKARAN BERSYUKUR BANTUAN KERAJAAN

 




Oleh Zainal A. Shamsudin


Muadzam Shah, 29.4.15 - Setelah menetap dalam rumah tidak berbumbung selama 8 bulan, Yusof Awang tidak menyangka rezekinya berubah dalam sekelip mata setelah berjumpa Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein pada sabtu lalu,.

Hanya dalam jangkamasa 4 hari, rumahnya yang terbakar 8 bulan lalu sudah disiapkan bumbung, dinding yang roboh telah disimen dan hanya menunggu 2 hingga 3 hari lagi sebelum dapat didiami semula.

Kalau 4 hari lalu, Yusof ditemui berlinangan air mata, wajahnya sudah berubah ceria melihat sukarelawan menyiapkan rumahnya.

Yusof menceritakan pengalamannya selama 8 bulan menetap dalam rumah tidak berbumbung bersama isteri dan 2 anaknya amat memilukan hati kerana apabila hujan, dia sekeluarga terpaksa mencari perlindungan di surau berdekatan. Yusuf pula diserang penyakit “Stroke”, tidak dapat bekerja dan hanya mengharapkan isterinya yang bekerja sebagai buruh FELCRA untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Ketika pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Hishamuddin hanya menasihati Yusuf supaya “bersabar”. Dua hari kemudian Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal meluluskan bantuan bahan binaan untuk rumahnya.  dan diikuti lawatan Pertubuhan Muslimah PAS memberi bantuan makanan berupa gula dan gandum kepadanya.

“Amat menyentuh hati” kata Yusof ketika ditemui di hadapan rumahnya di Kampung Aur, Ibam, sambil menunggu rumahnya dibaiki oleh 37 anggota ATM dibawah program 'Jiwa Murni' serta 10 pelajar dan pensyarah daripada Institute Kemahiran Mara.







  

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor