Menyedari betapa pentingnya pendidikan Kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang telah menyalurkan sebanyak RM470,00.00 bagi tahun 2015 kepada 784 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 daripada 22 buah sekolah di dalam daerah Rompin .Manakala 46 orang menerima hadiah cemerlang SPM,SMA dan STPM.
Y.A.B Dato'Seri Di Raja Hj Adnan bin Hj Yaakob menyampaikan biasiwa Sekolah Menengah (BSM) dan Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) Daerah Rompin di SMK Sg Puteri Rompin pada 26.4.2015. |
Mereka adalah sebahagian daripada 900,000 orang pelajar yang mendapat manafaat yang menelan perbelanjaan sebanyak hampir 1,000 juta Yayasan Pahang yang membantu khususnya dalam bidang pendidikan bagi melihat anak-anak Pahang berjaya dalam pelajaran seterusnya memberiakn bakti mereka kepada negara bila berjaya kelak.
Isu yang mengatakan kerajaan zalim dan sebagainya amatlah dikesali kerana pemberian biasiswa dan bantuan pendidikan yang diberikan tidak mengira fahaman politik samada PAS PKR dan DAP tidak terkecuali menerima bantuan asalkan layak dalam ertikata mempunyai pencapaian baik dalam pelajaran dan dari kalangan golongan bukan berada.
Pengundi di Rompin perlu sedar bahawa kerajaan BN tidak akan menzalimi rakyatnya dan dalam kontek negeri Pahang khususnya Rompin perlulah bersyukur dan menzahirkannya dengan memberikan undi mereka kepada calon BN Nasional Dato Hasan Arifin bagi mnereuskan usaha membantu rakyat di Parlimen Rompin mendapat pembelaan sewajarnya.
PAS hanya unpama burung kakak tua yang hanya tahu berkata kata,Sebagai sebuah parti politik yang telah lama bertapak di Malaysia dan menjadi juara kononnya ingin membina sahsiah insan tidak mampu menyediakan apa apa pun selama ini.Hanya bertaraf tadika PASTI sahaja tetapi masih mengenakan bayaran dalam pada masa yang sama memperjuangkan isu pendidikan percuma.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor