Polis Belanda menahan pemain pertahanan Chelsea, Wallace Oliveira selepas disyaki terlibat dalam jenayah seksual di negara itu.
Oliveira yang merupakan pemain pertahanan tengah Chelsea yang dipinjamkan kepada Vitesse Arnhem ditahan ketika berada di bandar.
Pemain kelahiran Brazil berusia 20 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan.
Berikutan penahanan tersebut, Oliveira telah digugurkan oleh kelabnya yang turut akan mengenakan denda kepadanya.
“Oliveira tidak berada dalam senarai pemain yang akan menentang Excelsior. Pertahanan warga Brazil itu telah ditahan malam Khamis di Arnhem kerana melakukan kesalahan.
“Berdasarkan fakta itu menunjukkan dia telah keluar ke sesuatu tempat, 48 jam sebelum perlawanan.
“Berikutan itu Vitesse akan segera menggugurkan Wallace dan mengenakan denda maksimum kepadanya,” jelas kelab tersebut dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor