
Shah Alam - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu siasatan rapi dilakukan terhadap nahas helikopter yang berlaku membabitkan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
"Terlalu awal untuk buat sebarang kesimpulan tetapi siasatan komprehensif mesti dikeluarkan," katanya dalam siaran langsung di televisyen, semalam.
Terdahulu, enam individu termasuk Jamaluddin dilaporkan terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru Semenyih, petang semalam.
Keenam-enam mayat mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.15 malam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor