Hiroshima: Lebih 20 penumpang cedera apabila sebuah pesawat Airbus A320 milik Asiana Airlines membuat pendaratan cemas di sebuah landasan di barat Jepun pada malam Selasa.
Pesawat penerbangan OZ162 Korea Selatan itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Incheon, cuba melakukan pendaratan di Hiroshima ketika kejadian.
" 23 penumpang cedera, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa," kata seorang pegawai bomba.
"Setakat ini kami dapat tahu kecederaan yang alami tidak serius."
Semua penumpang dan lapan kru berjaya keluar dari pesawat melalui pintu kecemasan, lapor media tempatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor