Pages

Wednesday, April 15, 2015

PESAKIT JANTUNG HIDUP SEMULA SELEPAS DIRENDAM DALAM AIS




Seorang bapa kepada dua anak yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, didakwa hidup semula selepas doktor memasukkan jasadnya ke dalam kolam ais.

Doktor tersebut memasukkan jasad Bulent Sonmez ke dalam ais selepas mereka gagal menghidupkan semula dengupan jantung lelaki itu yang terhenti.

Dalam kejadian itu, Bulent telah jatuh pengsan selepas mengalami serangan jantung dan doktor gagal menyelamatkannya melalui kaedah biasa.

Berikutan itu, doktor bertindak menggunakan rawatan therapeutic hypothermia dengan merendamkan jasadnya di dalam kolam ais bagi menurunkan suhu badan.

Sebaik sahaja jantungnya kembali berdegup, doktor bertindak mengekalkan dengupan itu selama 24 jam termasuk menjaga suhu badan bapa berusia 40 tahun itu.

Selepas lapan bulan kejadian itu berlaku, Bulent dari Ankara, Turki, kini kembali hidup bahagia bersama keluarganya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor